Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah disediakan di Mahkamah Negeri Pahang bagi menjalankan tugas-tugas mengikrarkan suratcara - suratcara yang memerlukan pengesahan secara bersumpah. Pengikraran dokumentasi ini berlandaskan kepada Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan 2016), Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan dimana undang-undang bertulis yang memerlukan akuan bersumpah.
Lokasi Kaunter
- Kaunter Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah, Aras G, Kompleks Mahkamah Kuantan
- Kaunter Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Aras 1, Kompleks Mahkamah Kuantan
- Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret Temerloh
- Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret Raub
Waktu Urusan
- Isnin - Jumaat : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Caj Perkhidmatan
- Bayaran perkhidmatan sumpah afidavit dan dokumen-dokumen selain akuan berkanun
- Berpandukan Kaedah 17 yang dibaca bersama Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018, fi yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah adalah sebanyak RM10.00 (afidavit asal bagi setiap deponen), RM5.00 (salinan afidavit bagi setiap deponen), RM5.00 (setiap eksibit asal) dan RM2.00 (setiap salinan eksibit). Pesuruhjaya Sumpah juga dibenarkan mengutip RM10.00 bagi setiap dokumen selain daripada akuan berkanun yang mana Pesuruhjaya Sumpah telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk menandatanganinya sebagai contoh borang DDA, surat kuasa wakil.
- Bayaran yang dikenakan untuk menandatangani suatu surat akuan berkanun
- Menurut Seksyen 2 Perintah (Bayaran) Akuan Berkanun (Pindaan) 1993, fi yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00 (bagi setiap akuan) dan RM2.00 (bagi setiap eksibit atau lampiran yang dirujuk padanya). Tiada istilah salinan bagi akuan berkanun.
Difinasi
- Seseorang Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah
- Objektif Unit Pesuruhjaya Sumpah adalah menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisien, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.
Piagam Pelanggan
- Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan berkaitan.
- Memastikan semua pelangan dilayan dengan kadar segera, munasabah, cekap dan sistematik.
- Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dijalankan dengan berintegriti.
Undang-undang
- Undang-undang yang memperuntukkan kuasa dan mengawal kelakuan serta tugas-tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dan Akta Akuan Berkanun 1960.
Aduan
- Aduan terhadap apa sahaja perkara berkaitan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia boleh dikemukakan kepada Unit Pesuruhjaya Sumpah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui emel bpjs[at]kehakiman.gov.my atau melalui talian telefon 03-8880 9503.